Rakan Blogger

Ahad, 3 Mac 2013

Jalan Untuk Sihat

Dah agak lama salah sebuah jabatan kat tempat kerja aku ni anjurkan acara jalan-jalan. Oppsss !! Bukan jalan-jalan cari makan yer, atau jalan-jalan cari pasal. Melainkan jalan kaki beramai-ramai, jauh-jauh untuk jaga kesihatan.

Jauh berjalan lagi baik untuk kesihatan

Tapi tu lah, bila member ajak macam-macam la alasan aku. Sebok la, tak da masa, tak minat, pendek kata seribu satu alasan bila dah tak nak buat tu. Tapi entah kenapa tergerak juga akhirnya pintu hati aku yang keras membatu ni untuk join pada suatu petang yang sempoi-sempoi bahasa.

Sambil jalan-jalan cuci mata lihat tasik yang super lawa ni

Projek jalan-jalan kaki di petang hari diadakan setiap hari rabu. Jam 5.20 petang macam tu. Pengarah Jabatan biasanya akan ketuai acara. Jauh tau kena jalan, ada kot 2 km, makan masa sejam. Lokasinya pusing-pusing  area tempat kerja yang luas ni.


Paling mencabar bila sampai kat kawasan berbukit. Perrggghhh, mengah mokcik!! Siap lenguh-lenguh kaki lagi. Tapi bila tengok peserta yang lagi senior pun jalan laju jer, terus semangat berkobar-kobar datang. Dah banyak kali join rasa seronok pula, hihihi. Siap letak baju sukan spare kat opis. Takut lupa.

jalan yang berbukit cam ni memang mencabar daya tahan kaki gue

Jangan tak tahu yer, jalan kaki ni banyak sangat manfaatnya, seperti list kat bawah ni haa :-

  • Mencegah darah tinggi dan strok.
  • Mengawal berat badan.
  • Mengurangkan risiko diabetes.
  • Menguatkan otot dan tulang.
  • Mengurangkan stress.
  • Menguatkan jantung.
Penat-penat daki bukit, reward nya adalah view yg lagi superb...errrmmmm.

Rajin-rajinlah berjalan kaki jauh-jauh dan laju-laju setiap hari. Jangan cuak parking kereta jauh-jauh dari office atau shopping complex. Boleh ler exercise. Nak maintain berat badan pun berguna ni. Ok, selamat berjalan kaki untuk kesihatan.


Rabu, 20 Februari 2013

WW#2 : Resorts World Sentosa

Hari rabu adalah hari para blogger membuat entri bergambar sahaja tanpa catatan yer. So kali ini aku nak share dengan korang suasana di Resorts World Sentosa, Singapore.









Isnin, 18 Februari 2013

Ternganga : Ustaz Don Depan Mata !

Masa tu aku tengah minum petang di bilik VIP lepas habis duty. Tetiba terjengul kelibat Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, isteri dan beberapa ahli keluarga di balik pintu. Rupa-rupanya beliau dan keluarga datang untuk meraikan salah seorang sedara yang konvo kat tempat aku kerja ni.

Ustaz Don dan isterinya Husna yang ayu dan manis.

Apalagi semua pakat letak pinggan dan cawan memasing dan berebut-rebut nak salam dan bergambar. Aku pun tumpang pot sekali, beberapa kali aku dok tersengih-sengih depan kamera dengan Ustaz Don dan isterinya.

Suasana Konvokesyen kat tempat aku, bilik VIP kat depan sana tu jerr.

Pas tuh, tak sabar-sabar aku post gambar tu ke pesbuk. Dan seperti yang dijangka ramai yang like dan komen, heheheh. Tak malu betul. Tumpang glamer orang femes, hik hik. Selama ni kan tengok kat TV dan Youtube jer, bila muncul depan mata tu excited terlebih laa. Nasib baik lah si empunya badan tu seorang Ustaz, ter excited macam mana pun harus dikawal dengan sopan yer.

Bilik VIP tempat aku duty, tapi bukan keja aku yer hidang-hidang makanan ni, tukang makan jerr, haha.

Bilik VIP ni merupakan tempat Pegawai-pegawai utama menyarungkan jubah konvo, rehat dan makan-makan.

Food ni semua memang untuk VIP , lepas depa makan kami semua pakat-pakat tolong licinkan pinggan, hehe.

Ustaz Don dan keluarga juga dijemput menjamu selera di sini. Ustaz pun sporting sungguh. Dilayan jer semua yang nak bergambar dan berbual-bual. Masa tuh Ustaz Don dikira masih pengantin baru, sebab tu isterinya Husna Zahry begitu manja dan romantik disamping ustaz, chewaaahhh. Bercinta lepas kawen katakan, lagi berkat. Moga kedua-duanya kekal bahagia selamanya, amiiiinnnn~

Ahad, 17 Februari 2013

Makan Tanpa Limit di SeouL Garden

Jika awak suka steam boat, tentu boleh suka konsep makanan di Seoul Garden (SG). Makanan mentah berupa ayam, daging, ikan, seafood, sayur, jagung dan meggi dicelur dalam sup panas. Boleh juga dibakar di celah-celah tempat pemanas yang sama.

Yg ni SG kat Queensbay Mall, Penang. Pegi cari kat tingkat 3 yer, North section.

Konsep makanan ala Korea, sebab tu namanya macam ibu kota kat sana. Jika lalu masakan macam ni, tentu awak tak kan kebulur masa melancong ke Korea esok-esok ni. Haha.


Bila rasa-rasa dah cukup masak dicelur atau bakar, nyum-nyum masuk mulut. Makanan tu akan sebati dengan sup yang awak pilih tu. Kalau nak cecah sos dulu pun boleh juga. Pelbagai sos seperti bawang putih, cili dan kicap siap untuk dipilih.

Tempat merebus dan membakar makanan

Sup pun macam-macam ada, kimci, super kimci, abalone, tomyam, sup ayam, macam-macam lagi lah. Tapi boleh pilih satu jer lah sekali makan. Aku syorkan sup Super Kimci atau kimci, sedap dan pedasssss. Daging dan ayam pula biasanya dah diperap dengan sos lada hitam atau lain-lain, jika bakar lebih sedap.

Yg panjang tu siput buluh, I like.

Yang best nya, boleh angkut banyak-banyak makanan. Ala buffet. So macam aku ni yang gila seafood, apa lagi sepinggan penuh aku angkut kepah, kupang, siput buluh, udang, makan puas-puas la atau seperti dah berbulan-bulan tak makan.

Daging kambing, sotong dan sos-sos terpilih.

Tapi awasssssss, jangan membazir sampai tak larat nak habiskan. Sebab bagi setiap gram makanan yang berlebihan akan didenda RM5 tau. Takut kan. Jadi berpada-pada lah. Ukur lauk di perut sendiri yer.

Makan seafood tak hengat dunia, kui kui kui.

Harganya termasuk tax agak-agak dalam RM28-33 sekepala macam tu. Bergantung pada pakej yang dipilih. Jika pergi waktu malam lebih mahal. Hari minggu pula free caj untuk kanak-kanak. Kalau ada niat nak datang lagi, bolehlah buat kad keahlian. Dapat diskon lagi, untung, untung.

last but not least, aiskrim dan koktel buah-buahan, yummm yummm.

Selain makanan yang kena celur, nasi putih pun ada, kimci (sayur jeruk) dan dim sum. Pencuci mulut pula ais krim, koktel buah-buahan dan ais kacang. Semuanya boleh dimakan tanpa limit, janji boleh dilicinkan. Budak-budak la paling hepi bab-bab eskrim ni. Minuman pun boleh pilih pakej yang boleh ditambah-tambah tanpa caj tambahan.

Makan banyak-banyak  macam ni tau, baru tak rugi.

Aku ni suka meratah seafood, jadi tak leh la nak pergi makan selalu sebab terasa mual. 2-3 bulan sekali boleh la layan. Konsep macam ni sesuai la untuk orang yang suka makan banyak-banyak tapi kedekut nak bayar, hehe. Selamat ber SG yer.

Sabtu, 16 Februari 2013

Kampus UIA Nan Indah

Hujung tahun lepas, aku berpeluang melawat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak Selangor. Kami datang sini atas urusan rasmi jabatan. Sebaik tayar kereta mencecah kampus, aku terpesona dan terlopong kejap melihat cantiknya bangunan pentadbiran utamanya.



Bangunan pentadbiran utama, cantik kan.

Dekorasi dalam bangunan yg cantek

Majoriti bangunan mempunyai unsur-unsur seni bina Timur Tengah. Terasa seperti berada di Negara Arab, hehe. Selesai sesi taklimat, soal jawab, makan-makan dan bergambar, delegasi kami dibawa melawat sekitar kampus. Semua bangunan Kuliyyah, masjid, pusat aktiviti dan kemudahan pelajar cantik-cantik belaka. Suka aku tengok.



Tempat berlangsungnya konvokesyen

Menurut pegawai yang iring kami tu, semua kemudahan kampus sengaja dibina setempat di tengah-tengah kampus. Manakala asrama pelajar di pinggiran kampus. Jadi senang lah, tak payah jalan jauh-jauh jika nak pergi kuliyah ke, nak makan ke, pergi klinik atau pusat aktiviti, semua dekat-dekat jer. Tak payah pakai transport pun.

Mini bazar pun ada, tak payah pergi pasar malam dah.


Kampus seluas 700 ekar ni mempunyai landskap menarik dan dijaga rapi. Uniknya ada sungai yang mengalir di tengah-tengah kampus. Terasa sejuk dan damai, errmmmm. Nama pun universiti antarabangsa, maka ramailah pelajar luar negara kelihatan di sini. Kebanyakannya dari Negara Arab lah.



UIA ni dah berusia 30 tahun, antara IPTA yang ulung dan mantap lah di negara kita. Kursus yang popular kat sini ialah Undang-undang dan Pengajian Islam. Tentu ramai adik-adik yang simpan angan-angan nak study kat sini kan. Pastikan impian jadi kenyataan yer. Berkat usaha dan doa pasti berjaya.


Khamis, 14 Februari 2013

Jus Kacang Merah Yang Superb

Bubur kacang kot, ehhh betul, memang jus kacang merah. Jangan betulkan pembacaan anda ya. Ada ker ? Ais kacang ada la. Haaaa, itu laa I nak citer ni. Ini lah minuman yang aku selalu order jika lepak-lepak di Old Town White Coffee.

Red Bean Freezy, menggiurkan tak ?

Nama sebenarnya Old Town Red Bean Freezy, RM8.50 segelas. Unik dan smooth rasanya, sangat seeddaaappp. Rasa kacang merah yang lazat, tapi tidak terlalu manis. Percayalah. Kalau dah minum benda alah ni, terus rasa kenyang, tak payah order makan lagi. Haaaa, boleh diet la time tu. Masa tu jer lah, balik rumah bantai makan lagi banyak-banyak. Huh.


Pelbagai pilihan minuman selain kopi

Peliknya kueh pau inti kacang merah aku tak suka. Tapi minuman ni aku suka sangat-sangat pula. Walaupun OTWC ni tempat khas orang minum kopi mahal. Sesekali tukar la minuman lain pula macam Red Bean ni pasti terasa kelainannya.

Rabu, 13 Februari 2013

WW#1 : Haiwan Pun Sayang Anak

Orait, ini adalah entri bergambar pertama blog terbaru aku untuk Wordless Wednesday neh. Temanya kasih sayang ibu haiwan kat anaknya. Comel untuk dilihat dan sangat baik dijadikan teladan.

Credit to facebook page : I Like Sarawak








Hehehe...comel dan kiut sangat-sangat kan.

Selasa, 12 Februari 2013

Hobi Lama Yang Masih Bertahan

Baru aku perasan, rupanya ada satu hobi dari zaman kanak-kanak sekolah rendah, hinggalah kini masih lagi aku lakukan. Apa dia ??? Makan ?? Owhhhh tidak, hobi ke tu, keperluan untuk hidup kan. Tapi bab nak makan sedap-sedap atau makanan tertentu seperti sushi ke, seafood atau lamb chop, haaaa ! Yang tu hobi terkini aku.

Meratah kerang. Ini pun salah satu hobi dari kecik juga, tapi sekarang dah kurangkan, high kolesterol maaa. 

Shopping pun bukan, yer lah masa kecik-kecik dulu mana la ada duit nak shopping. Takat shopping gula-gula boleh la. Kumpul setem.....Errrmmm, hobi yang ni dah lama berkubur, sejak buku setem ku dimakan anai-anai yang hampeh !!!

Bukan takat buku setem, habis sijil-sijil aku pun dimamah anai-anai, termasuklah sijil SPM yang diukir bagaikan tanduk rusa!! Hinggakan pegawai di Jabatan Pendidikan terkekeh-kekeh gelak tengok sijil tu masa nak ambil MUET dulu. Huhu.

Ok, nak tahu apa hobi yang hebat sangat tu ehhh, begitu lama bertahan nehh, hehe. Bukan hebat sangat pun, jeng jeng jeng, baca akhbar Mingguan Malaysia jer pun. Itu pun seminggu sekali jer, nama pun akhbar mingguan.


Herannya akhbar-akhbar yang lain aku tak minat baca, utusan ke (walaupun keluaran syarikat yang sama), Harian Metro ke, mahupun Berita Harian. Mesti nak MM jugak. Setiap hari ahad mesti aku cari walaupun dah lewat malam. Kalau tak dapat baca, kira tak lengkaplah life aku minggu tu.

Ada 4 segmen semuanya, segmen yang aku suka dah tentu Pancaindera yang ada 28 muka surat. Semuanya penuh dengan cerita dunia artis saja, hehe. Lepas tu aku jengok-jengok pula segmen Pancawarna dan Pancasihat yang juga 28 muka surat. Dalam segmen ni aku suka baca ruangan koleksi, citra wanita, destinasi, kesihatan dan macam-macam lagilah yang menarik untuk ditelaah.

Tiga segmen ni yang aku belek-belek dulu

Dah selesai belek-belek tiga segmen tu, baru aku selak-selak segmen berita yang saiz A3 tu. Berita dalam negeri, luar negara, rencana dan sukan ada kat sini. Biasanya aku tak baca semua pun, baca yang minat saja, lain-lain tu main baca tajuk saja lerr.


Aku tahu adik-adik generasi sekarang dan yang sebaya aku pun dah sangat kurang baca surat khabar. Semua main google dan online jer kan. Memang ada Utusan Online tapi tak syok la baca. Lagipun tak selengkap yang bercetak. Ada-ada jer artikel yang sengaja tak di upload kat situ. Tu mesti sebab nak suruh orang beli hardcopy juga. Ok lah tu RM2 jer harganya, dan seminggu sekali jer aku beli.