Rakan Blogger

Isnin, 11 Februari 2013

Makan Petang di Sushi King

Bestnya hoho dapat cuti direct 4 hari sempena sambutan Tahun Baru Cina. Minggu depan walau dah mula kerja hari rabu ni, tetap rasa separuh best sebab sekolah belum buka dan aku tak payah hantar anak gi sekolah. Gitu lah nikmatnya cuti pada orang-orang yang dah kerja macam aku ni yer adik-adik.

So, sapa-sapa yang belum kerja lagi tu, enjoy lah puas-puas menikmati masa yang terluang ni. Lakukan apa yang awak nak lakukan sekarang, nanti dah kerja busy memanjang macam aku ni, campur letih lagi tau, huk huk.

Empat hari bercuti ni nak penuhkan dengan aktiviti lah kiranya, hehe. Hari pertama cuti, Sabtu, aku dah gi servis kereta, makan siput bakar kegemaranku dan akhir sekali jalan-jalan kat Queensbay Mall. Esoknya kami ke Auto City pulak di Juru, Seberang Perai.

Sushi King di Auto City

Kalau hari kerja harus jem giler area ni. Tapi hari ni smooth sesangat, kejap jer dah sampai. Best tempat ni, semua kedai makan dari Timur dan Barat ada kat sini. Sebut jer, Tutti Fruitti, Haagen Dazs, Sushi King, Seoul Garden, Old Town White Coffee, Coffee Bean, Starbucks, Pizza Hut, Subway, KFC semua ada lah. Pilih jer mana berkenan.

Sushi King

Akhirnya kami memilih Sushi King, makanan Jepun. Dah agak lama tak makan menda ni. Masuk jer kedai, seperti yang dijangka memang penuh semua meja. So terpaksa la kami tunggu sekejap sebelum dapat meja makan. Menurut staf di situ, sebelum kedai buka lagi dah ramai pelanggan tunggu kat luar.

Tukang masak yang begitu busy kerana pelanggan tak putus-putus datang
Tak lama tunggu, kami pun dapat meja yang strategik, sebelah rel makanan yang bergerak-gerak tu dan juga sinki. Senang nak cuci tangan, maklum la aku tak cekap pakai chopstik. Si kecik dah seronok tengok makanan yang bergerak-gerak di atas konveyer tu. Apa lagi main ambik jer dia mana yang berkenan. Parahhhh.

piring-piring sushi yang bergerak-gerak macam monorel
Maklum ler, bukan semua piring harga sama. Harga berdasarkan warna border pinggan, paling mahal RM6 kaler ungu. Paling murah kaler biru, RM2. Satu piring ada 2 jemput jer sushi yang comel-comel, mana cukup. Mestilah berpiring-piring ambik baru puas hati makan, hahaha.

kulit ikan salmon, haaa yang ni my fav

bunga teratai, 1st time try, ok jgak, macam keropok rasanya

isi tiram

sushi salmon dan mayonese

Tengoklah macam-macam jenis sushi diambil oleh budak kecik ni, mentang-mentanglah bukan dia yang bayar kannn, huhu.
Tak cukup makanan yang ada atas konveyer tu, hubby order pulak semangkuk mi kari udon. Apa itu udon ? Owhhh, sejenis mi jepun yang lebih kurang laksa kita, cuma saiznya lagi besar dan panjang-panjang. Kira kenyang gila lah kalau makan mi udon ni.

mi udon Jepun

Aku pulak order ketam lembut yang dibungkus dengan sayur dan kepingan seaweed. Namanya temaki (bukan maki-maki yer). Lepas tu bila tengok menu, order pulak sup hamagouri. Ouwwww, sangat sedap sup ni, tak rugi order. Ramuannya ialah my favourite kepah dan tauhu lembut. RM4.90 jer semangkuk kecik.

Hamagouri soup

Temaki dan green tea Jepun

Bila dah selesai, baru sedar rupanya kami dah menghabiskan 16 piring sushi !! Pelbagai warna. Huhu, mesti jenuh nak bayar ni, hrrrmmm. Seperti yang dijangka, harga semuanya ialah hampir-hampir RM100 termasuk tax dan service caj RM13. Tapi ok lah tu, makan pun sedap, perut pun dah kenyang sesangat, malam tak payah makan dah. Alhamdulillah atas rezeki hari ini.


Selamat membayar, huhuhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan